Rentak dalam linguistik Rentak

Dalam bidang linguistik, rentak atau isochrony merupakan satu daripada tiga aspek prosodi, bersama-sama stres dan intonasi. Bahasa-bahasa dapat dibahagikan ke dalam bahasa pemasaan suku kata ataupun bahasa pemasaan stres. Penutur-penutur bahasa pemasaan suku kata seperti Bahasa Sepanyol dan Bahasa Kantonis memberi masa yang agak sama buat setiap suku kata; sebaliknya, penutur bahasa pemasaan stres seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin memberi masa lengah yang agak sama di antar suku kata, dengan pemasaan suku kata tak berstres diubah suai mengikut keperluan pemasaan stres.

Narmour[3] memerikan tiga kategori peraturan prosodi yang menjanakan urutan rentak yang menambah (additive) (tempoh/harakat sama diulang), menghimpun (cumulative) (pendek-panjang), ataupun menghimpun balas (countercumulative) (panjang-pendek). Penghimpunan dikaitkan dengan penutupan atau pengenduran, penghimpunan balas dengan keterbukaan atau ketegangan, sementara rentak tambahan pula terbuka dan berulang-ulang. Kendatipun demikian, Richard Middleton[4] menyatakan bahawa kaedah ini tidak dapat menjelaskan sinkopasi dan mencadangkan konsep transformasi.